Tiga pihak berkepentingan dalam industri kereta api iaitu RAC, KTMB dan YTL Corporation hari ini bekerjasama menggedarkan pek perayaan Aidilfitri kepada penumpang tren ETS di Stesen KL Sentral hari ini.
KUALA LUMPUR, 23 Mac 2025 - Tiga pihak berkepentingan dalam industri kereta api iaitu RAC, KTMB dan YTL Corporation hari ini bekerjasama menggedarkan pek perayaan Aidilfitri kepada penumpang tren ETS di Stesen KL Sentral hari ini.
Sebanyak 1,000 pek perayaan diedarkan diketuai oleh YB Loke Siew Fook Menteri Pengangkutan bersama Dato’ Azhar Ahmad Ketua Pegawai Eksekutif RAC, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB dan Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Rail.
Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan mereka memilih perkhidmatan tren ETS sebagai pilihan perjalanan utama terutamanya pada musim perayaan.