Tanah merupakan aset terpenting dan terbesar yang dimiliki oleh RAC memandangkan ia merupakan sumber penjanaan hasil yang utama kepada Perbadanan ini. Oleh itu, pengurusan yang sistematik, cekap dan berkesan sesuai dengan peredaran zaman amat diperlukan agar nilai dan pulangan aset tersebut dapat dioptimumkan. Pengurusan dan pentadbiran aset ini dilaksanakan berdasarkan fungsi seperti berikut:
Potensi tanah-tanah kereta api selain bagi tujuan penjanaan hasil dan pembangunan projek perkeretaapian, pengurusan tanah kereta api berstatus hak milik dan rizab dilaksanakan selaras dengan kuasa yang diberi di bawah Seksyen 92(2), 93 dan 104, Akta Keretapi 1991 (Akta 463) iaitu meletakhak semua tanah-tanah kereta api yang dahulunya milik Pentadbiran KTM dan PTP kepada RAC.
Proses meletakhak bagi tanah hak milik dibuat melalui peletakhakkan statutori iaitu melalui Borang 30A Seksyen 415(1)(a), KTN 1965 manakala bagi tanah rizab dibuat melalui permohonan pewartaan berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 62, KTN 1965.

-01.jpg)