Langkau ke kandungan utama

Integriti dan Tatakelola

OACP RAC 2022 - 2026

Pelan Organisasi Antirasuah (OACP) RAC 2022–2026 dibangunkan selaras dengan aspirasi Kerajaan yang digariskan dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP). Pelan ini merupakan inisiatif mandatori di bawah Strategi 2: Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan dalam Sektor Awam, bertujuan memperkukuh tadbir urus, integriti dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi serta perkhidmatan RAC.

Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) RAC 2022-2026

Integrity

OBJEKTIF UTAMA OACP RAC

Menyediakan kerangka tindakan pencegahan yang jelas dan berkesan dalam menangani isu serta risiko rasuah dalam organisasi

Memperkukuh budaya kerja berintegriti dan beretika melalui sistem pentadbiran yang cekap, telus dan berlandaskan nilai profesionalisme

Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama warga RAC dalam usaha membanteras rasuah

Meningkatkan keyakinan pemegang taruh serta masyarakat terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh RAC

OACP RAC 2.0

Seiring dengan pelaksanaan OACP RAC 2022–2026 serta perkembangan dasar antirasuah di peringkat nasional, RAC akan meneruskan usaha pembaharuan Pelan Antirasuah Organisasi melalui pelaksanaan OACP 2.0 RAC yang dijadualkan bermula pada tahun 2026. Inisiatif ini akan dilaksanakan di bawah kerangka Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024–2028, dengan penekanan khusus terhadap pengukuhan dan pemantapan sistem kerja RAC yang berlandaskan prinsip integriti, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti organisasi, bagi memastikan kelestarian kecekapan penyampaian perkhidmatan serta peningkatan kepercayaan pemegang taruh dan masyarakat.

POLISI PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT (WHISTLEBLOWING) RAC

RAC sentiasa komited untuk menegakkan nilai integriti, ketelusan, kesaksamaan dan akauntabiliti dalam pengurusan serta pelaksanaan semua urusan rasminya. Sehubungan itu, sebarang salah laku, pelanggaran integriti, penyelewengan, salah guna kuasa, penipuan, rasuah serta kesalahan kewangan yang serius hendaklah dilaporkan melalui mekanisme dalaman dan saluran yang ditetapkan untuk tindakan yang teratur dan berkesan.

Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowing) RAC diwujudkan sebagai mekanisme kawalan dalaman dan sistem amaran awal bagi mengenal pasti, mencegah serta mengurus risiko salah laku yang boleh menjejaskan imej, reputasi dan kelestarian organisasi. Pendedahan melalui saluran yang betul membolehkan tindakan diambil secara teratur dan mencegah berulangnya kesalahan yang sama.

Polisi ini selaras dengan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) RAC 2022–2026, khususnya di bawah Bidang Keutamaan 2: Pentadbiran, Polisi dan Penguatkuasaan, dan disokong oleh peranan Unit Integriti dan Pematuhan RAC. Polisi ini menyediakan sistem pemberitahuan maklumat yang selamat dan berkesan, menutup ruang perlakuan tidak berintegriti serta menyokong pembentukan organisasi yang cekap, beretika dan berakauntabiliti.

Polisi ini terpakai kepada warga kerja RAC, pemegang taruh, orang awam dan pihak berkepentingan yang ingin membuat pendedahan mengenai salah laku atau pelanggaran integriti oleh mana-mana individu yang dilantik oleh RAC, tanpa rasa gentar terhadap sebarang tindakan balas yang memudaratkan. Ia memastikan setiap pendedahan diuruskan secara telus, adil dan berlandaskan prinsip tadbir urus yang baik.

OBJEKTIF POLISI WHISTLEBLOWING RAC

Menggalakkan pendedahan maklumat dibuat seawal mungkin secara bertanggungjawab melalui prosedur dan saluran yang betul

Mengurus dan menangani kesan pendedahan maklumat secara berperingkat dan mengikut tahap keseriusan salah laku, pelanggaran integriti serta risiko yang terlibat

Melindungi pemberi maklumat daripada sebarang bentuk tindakan balas yang memudaratkan serta memastikan kerahsiaan maklumat peribadi mereka

Menjamin keadilan kepada semua pihak dengan memastikan pemberi maklumat dimaklumkan mengenai status pendedahan, manakala pihak yang dilaporkan diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dikemukakan, tertakluk kepada prinsip “perlu tahu” (need to know basis).

KELULUSAN POLISI WHISTLEBLOWING RAC

Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowing) RAC telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah RAC pada 11 Julai 2023. Kelulusan ini menzahirkan komitmen penuh pihak pengurusan tertinggi RAC dalam memperkukuh sistem tadbir urus yang berintegriti, telus dan berakauntabiliti. Ia juga menunjukkan sokongan berterusan organisasi dalam menyediakan mekanisme pendedahan yang tersusun, bagi menyokong usaha pencegahan salah laku, pelanggaran integriti dan rasuah di RAC.

-->

Hubungi Pegawai Integriti dan Tadbir Urus melalui

Phone

Hubungi

603-7459 0200

Email

Emel Kami

integrity[at]rac[dot]gov[dot]my