ALOR SETAR, 24 Mac 2025 - Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook mengadakan lawatan ke Stesen Keretapi Padang Besar dan Alor Setar hari ini untuk menilai operasi perkhidmatan oleh KTMB khususnya Komuter Utara dan hasil penambahbaikan infrastruktur stesen oleh RAC serta melihat sendiri cabaran yang dihadapi.
Dalam sidang media usai lawatan tersebut beliau menghuraikan usaha yang dilakukan penambahbaikan infrastruktur stesen yang dilaksanakan oleh RAC, inisiatif penambahbaikan perkhidmatan KTM Komuter Utara oleh KTMB dan isu sabotaj ke atas infrastruktur semboyan dan elektrifikasi perkhidmatan Komuter.
Beliau berterima kasih kepada RAC atas penambahan 345 petak parkir untuk pengguna motorsikal dan pembinaan lif di beberapa stesen. Loke juga merakamkan ucapan terima kasih kepada PDRM yang turut sama membantu membenteras isu sabotaj tersebut.