Langkau ke kandungan utama

Lawatan Kerja Ke Stesen Segambut Oleh Ketua Pegawai Eksekutif RAC

Ketua Pegawai Eksekutif RAC, Dato’ Azhar Ahmad mengadakan lawatan kerja ke Stesen Keretapi Segambut Utara bagi meninjau perkembangan projek tersebut hari ini.

SEGAMBUT, 27 Nov 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif RAC, Dato’ Azhar Ahmad mengadakan lawatan kerja ke Stesen Keretapi Segambut Utara bagi meninjau perkembangan projek tersebut hari ini.

Turut hadir Pengarah IDP Industrial Development Sdn. Bhd. Puan Stephanie Kong dan wakil daripada operator KTMB Puan Nursyahidah Abu Bakar.

Lawatan ini menegaskan komitmen RAC bagi memastikan projek memenuhi jadual, piawaian keselamatan dan kualiti. Pelaksanaan Site Acceptance Test (SAT) bersama KTMB dijadualkan sepanjang Disember 2025 sebagai langkah penting sebelum operasi penuh stesen.

RAC menekankan pembangunan stesen sebagai usaha menyediakan akses mobiliti yang lebih baik serta selamat melalui kerjasama strategik demi memperkukuh rangkaian rel negara.