Langkau ke kandungan utama

Lawatan Tapak Ke Kampung Orang Asli Panchor Oleh Ketua Pegawai Eksekutif RAC

Ketua Pegawai Eksekutif RAC YBhg. Dato' Azhar Ahmad turun padang bagi meneliti semula cadangan pembinaan Lintasan Rata Awam (LRA) untuk kegunaan

BAHAU, 31 Okt 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif RAC YBhg. Dato' Azhar Ahmad turun padang bagi meneliti semula cadangan pembinaan Lintasan Rata Awam (LRA) untuk kegunaan penduduk Kampung Orang Asli Panchor di sini, hari ini.

Turut serta dalam lawatan ini adalah YB Dato’ Zaidy Abdul Kadir ADUN Jeram Padang dan wakil daripada KTMB bagi membincangkan kesesuaian lokasi baharu bagi merealisasikan cadangan tersebut.

Kesemua pihak secara kolektif bersetuju dengan pembinaan LRA ini bagi memastikan kemudahan lintasan yang lebih selamat dan teratur kepada penduduk setempat. RAC dan KTMB komited memastikan aspek keselamatan dan kebajikan pengguna rel sentiasa menjadi keutamaan.