Langkau ke kandungan utama

Lawatan Tapak Ke Stesen Wakaf Bharu dan Stesen Pasir Mas

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Aset Keretapi (RAC), YBhg. Dato’ Azhar Ahmad, bersama-sama Subsetiausaha Bahagian Darat, Kementerian

WAKAF BHARU, 10 November 2025 — Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Aset Keretapi (RAC), YBhg. Dato’ Azhar Ahmad, bersama-sama Subsetiausaha Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Dato’ Mohamed Irwan Mansor, mengadakan lawatan tapak ke Stesen Wakaf Bharu dan Stesen Pasir Mas.

Lawatan ini bertujuan meninjau potensi pembangunan Projek Berorientasikan Transit (Transit-Oriented Development, TOD) serta menilai keadaan semasa aset-aset rel dan kawasan sekitarnya bagi mengenal pasti peluang pembangunan mampan yang mampu memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan RAC dalam memaksimumkan nilai aset kerajaan, memperkukuh rangkaian pengangkutan awam bersepadu, serta menyokong agenda Malaysia MADANI ke arah pembangunan ekonomi yang inklusif dan lestari.