KUALA LUMPUR, 27 Feb 2025 – Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook hadir menyempurnakan Majlis Peluncuran Pajakan Lokomotif dan Gerabak Secara “Pay-As-Use” yang diadakan di Stesen Sentul hari ini.
Majlis ini adalah susulan daripada pemeteraian perjanjian yang telah dibuat antara RAC dan SMH Rail pada 15 Mac 2024 dan KTMB dan SMH Rail pada suku ketiga 2024.
Penglibatan RAC sebagai pemilik aset memastikan inisiatif ini sejajar dengan agenda nasional bagi mengoptimumkan infrastruktur rel, meningkatkan penyertaan industri tempatan, menggalakkan penyelesaian pengangkutan yang lebih mesra alam serta memodenkan operasi kargo.
Hadir sama YB Datuk Haji Hasbi Haji Habibollah Timbalan Menteri Pengangkutan, YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah RAC, YBhg. Datuk Azlan Shah Al Bakri Ketua Pengarah APAD, YBhg. Dato’ Azhar Ahmad Ketua Pegawai Eksekutif RAC, YBhg. Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB dan YBhg. Datuk P. K Nara Pengerusi dan Pengarah Urusan SMH Rail.