Langkau ke kandungan utama

MOT Selaras Semula Jadual Tren Seremban-Kuala Lumpur, Kurangkan Masa Perjalanan — Loke

Seremban, 14 Februari 2026 (BERNAMA): Kementerian Pengangkutan akan menambah baik operasi perkhidmatan KTM Komuter termasuk menyemak dan menyelaras semula jadual perjalanan tren antara Seremban dan Kuala Lumpur bagi mengurangkan tempoh menunggu serta masa perjalanan penumpang.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perbincangan lanjut akan diadakan selepas Tahun Baharu Cina untuk memperincikan langkah mitigasi bagi memastikan keselesaan pengguna.

Beliau menjelaskan bahawa kelewatan perjalanan ketika ini berpunca daripada kerja naik taraf landasan yang menyebabkan sebahagian jajaran hanya menggunakan satu landasan, sekali gus menjejaskan kelancaran pergerakan tren..

Selain itu, kerja penaiktarafan dan pembinaan stesen baharu di Seremban turut menimbulkan sedikit kesulitan kepada pengguna, namun dijangka siap dalam tempoh kira-kira setahun dan akan meningkatkan keselesaan pada masa hadapan.

Dalam perkembangan lain, kementerian juga meneliti cara mempercepat projek Landasan Kereta Api Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) yang sedang berjalan, walaupun berdepan cabaran kerana kerja perlu dilakukan di landasan aktif dengan mengambil kira aspek keselamatan.

 
Compiled from: