Langkau ke kandungan utama

Sumbangan Kepada Masyarakat Orang Asli Kampung Tabong dan Kampung Dedari

RAC menyantuni komuniti Orang Asli menerusi penyerahan sumbangan keperluan asas kepada dua (2) kampung iaitu Kampung Tabong dan Kampung Dedari sempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat.

KUALA TAHAN, 19 Julai 2025 – RAC menyantuni komuniti Orang Asli menerusi penyerahan sumbangan keperluan asas kepada dua (2) kampung iaitu Kampung Tabong dan Kampung Dedari sempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RAC, YBhg. Dato’ Azhar Ahmad kepada Tok Batin kedua-dua kampung tersebut sebagai tanda prihatin terhadap kesejahteraan komuniti setempat. Seramai 25 keluarga menerima manfaat daripada inisiatif ini.

Program ini dijalankan bersempena aktiviti Team Building RAC yang diadakan di Taman Negara, Pahang dari 18 hingga 20 Julai 2025 sebagai usaha mengukuhkan hubungan warga kerja sambil menyumbang kepada masyarakat.

RAC terus komited menyokong agenda pembangunan sosial yang inklusif selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

 
Compiled from: