Langkau ke kandungan utama

Taklimat Pemuliharaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Sesi Walkabout Bersama Pemegang Taruh

YBhg. Dato' Azhar Ahmad Ketua Pegawai Eksekutif RAC menyampaikan taklimat mengenai Pemuliharaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur pada Sesi Walkabout Bersama Pemegang Taruh di Stesen Keretapi Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR, 9 Ogos 2025 - YBhg. Dato' Azhar Ahmad Ketua Pegawai Eksekutif RAC menyampaikan taklimat mengenai Pemuliharaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur pada Sesi Walkabout Bersama Pemegang Taruh di Stesen Keretapi Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan Menteri Kewangan II, YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg Dato' Seri Jana Santhiran Muniayan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan dan YBhg. Dato’ Seri TPr. (Dr.) Maimunah Mohd Sharif Datuk Bandar Kuala Lumpur.

RAC berbangga memulakan usaha memulihara bangunan ikonik ini sejajar dengan visi Warisan KL sebagai Pintu Gerbang Baharu ke khazanah warisan kita.

Stesen ini telah diwartakan sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan sejak 1983 dan uniknya ia terus beroperasi setiap hari — menjadikan kerja pemuliharaan ini satu cabaran besar.

Kerja pemuliharaan stesen kereta api ini akan melalui dua (2) fasa yang mana kini fasa pertama sedang giat dilaksanakan.

 
Compiled from: