Arahan Perbendaharaan 169D (d) dan PP/PK 4.2 Lampiran 5 telah menetapkan Pesanan Kerajaan hendaklah dikeluarkan sebelum atau pada masa barang/perkhidmatan dipesan.
Bagi keadaan yang melibatkan perkhidmatan secara berkala/ bulanan, Pesanan Kerajaan hendaklah dikeluarkan sebelum perkhidmatan bermula atau selewat-lewatnya pada hari pertama perkhidmatan bermula pada bulan tersebut.
Selain itu, tertakluk kepada kaedah perolehan dibawah PK7, Pesanan Kerajaan boleh dikeluarkan selepas bekalan diterima khusus bagi kontrak yang telah diberikan pengecualian oleh MOF.
Division