Langkau ke kandungan utama

Unit Pensyarikatan

Siapakah yang boleh dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah RAC?

Di bawah Seksyen 89 (2) Akta Keretapi 1991 [Akta 463], Ahli Lembaga Pengarah hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut:

  1. seorang wakil Kementerian Pengangkutan;
  2. seorang wakil Perbendaharaan;
  3. seorang wakil Unit Perancang Ekonomi;
  4. Persuruhjaya Tanah Persekutuan;
  5. Pengurus Aset Keretapi yang hendaklah menjadi anggota ex officio; dan
  6. tidak lebih daripada dua orang anggota lain.