Langkau ke kandungan utama

Road to Rel

Kerajaan menggalakkan penggunaan pengangkutan rel untuk pengangkutan barang berat dan besar bagi mengurangkan kemalangan jalan raya dan meningkatkan keselamatan. Usaha akan diambil untuk mempertingkatkan dan menggunakan sepenuhnya sistem rel sedia ada, disokong oleh peningkatan hasil dan penyertaan sektor swasta melalui pelaburan dan pajakan landasan. Dasar Pengangkutan Negara 2019–2030 sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2021–2030 dengan menggalakkan keterangkuman, kemampanan dan kerjasama antara Kerajaan, pemain industri dan orang awam untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan awam melalui sistem pengangkutan yang mampan.


 

img