Langkau ke kandungan utama

Lokomotif dan Gerabak

Projek RSS (Rolling Stock Strategy) merupakan projek strategik yang melibatkan 44 lokomotif dan 246 gerabak dengan tempoh pelaksanaan selama 3 tahun untuk proses refurbishment dan penggantian aset. Projek ini dijalankan di bawah konsep “sell and lease back”, di mana Berapit Mobility membeli aset RAC termasuk lokomotif dan gerabak.

Untuk lokomotif, Berapit Mobility akan melaksanakan kerja refurbishment sebelum menyewakan kembali (lease back) kepada RAC untuk operasi rel. Bagi gerabak, Berapit Mobility akan membekalkan gerabak 20-TAL baharu bagi menggantikan gerabak lama 16-TAL milik RAC. Sewa ini dirancang untuk tempoh jangka panjang 25 tahun, sejajar dengan inisiatif “Road to Rail” oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) yang bertujuan mengalihkan pengangkutan kargo daripada jalan raya ke landasan rel, meningkatkan kapasiti pengangkutan, mengurangkan kesesakan trafik serta menurunkan impak alam sekitar. Projek ini dijangka memperkasakan operasi KTMB, memaksimumkan penggunaan aset rel, serta menyokong kelancaran logistik dan perkhidmatan pengangkutan rel negara.


 

img