Projek Terminal Hub Kargo merupakan projek pelaburan swasta di mana Infinity akan melaksanakan model Build-Operate-Maintain & Transfer (BOMT) untuk tempoh 12 tahun. Infinity akan membangunkan terminal hub kargo di 6 lokasi strategik, iaitu Taiping, Pulau Sebang, Mengkibol, Pasir Gudang, Batu Gajah dan Kota Bharu, Perak. RAC akan menyewakan tanah kepada Infinity pada kadar nominal sepanjang tempoh 12 tahun bagi menyokong pembangunan ini. Projek ini sejajar dengan inisiatif “Road to Rail” oleh Kementerian Pengangkutan (MOT), yang bertujuan mengalihkan pengangkutan kargo daripada jalan raya ke rel, dengan jumlah kontena TEUs yang besar dijangka dipindahkan menggunakan kereta api. Melalui pelaksanaan terminal hub kargo ini, RAC dapat mengurangkan bilangan lori di jalan raya, meningkatkan keberkesanan logistik, serta memperkasakan rangkaian pengangkutan rel negara.
