SEPANG, 11 November 2025 - RAC dan MARIC hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh pembangunan ekosistem industri rel tempatan โ selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab serantau teknologi dan perkhidmatan rel ๐๐ฒ๐พ
Majlis menandatangani MoU ini disaksikan oleh YB Datuk Haji Hasbi Hj Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan YBhg. Datoโ Seri Jana Santhiran Muniayan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah RAC, YBrs. Dr. Nor Fuad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Pengangkutan serta YBhg. Datuk Mohamed Razeek Md Hussain Ahli Majlis MARIC. RAC diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Datoโ Azhar Ahmad, manakala MARIC diwakili oleh Presiden, Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman.
Kerjasama ini membuka ruang kepada pelbagai inisiatif termasuk:
- Pembangunan sistem rel & latihan modal insan;
- Penyelidikan & pembangunan teknologi rel baharu; dan
- Kolaborasi strategik untuk projek masa hadapan