Langkau ke kandungan utama

Apakah jenis-jenis tanah kereta api?

Tanah kereta api terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

  1. Tanah Poket

    • Tanah keretapi yang terpisah daripada operasi keretapi.

    • Dahulunya tanah ini digunakan sebagai tapak kuarters atau sebagai kawasan kuari bagi kegunaan kereta api.

    • Tanah ini amat sesuai dikomersialkan mengikut kelulusan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana mempunyai nilai pasaran yang tinggi.
       

  2. Tanah Surplus

    • Tanah yang bercantum dengan kawasan operasi kereta api sama ada digunakan atau tidak.

    • Tanah ini berpotensi untuk menjana pendapatan sama ada secara sewaan, pajakan atau pembangunan yang memberi keuntungan kepada industri perkeretapian.
       

  3. Tanah Operasi

    • Tanah yang terlibat sepenuhnya dengan operasi kereta api seperti di laluan keretapi (landasan) dan sebahagian kawasan stesen keretapi.

    • Walau bagaimanapun, hasil boleh dijana di sepanjang landasan dengan memastikan keselamatan operasi diambil kira jika penyewaan/pajakan diberikan.