Skip to main content

Majlis Perjumpaan YB Menteri Pengangkutan Bersama Pemimpin Masyarakat Dan Majlis Berbuka Puasa 2025

Perbadanan Aset Keretapi (RAC) hari ini melunaskan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2024 sebanyak RM300,000 kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

SEREMBAN, 17 Mac 2025 - Perbadanan Aset Keretapi (RAC) hari ini melunaskan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2024 sebanyak RM300,000 kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pada Majlis Perjumpaan YB Menteri Pengangkutan Bersama Pemimpin Masyarakat dan Majlis Berbuka Puasa 2025 di Dewan Komuniti Taman Coral Heights, Sikamat Seremban.

Sesi penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RAC, YBhg. Dato’ Azhar bin Ahmad kepada Tn. Hj. Zainal bin Said, Setiausaha MAINS. Majlis ini telah disaksikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun dan Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook.

Penyaluran zakat ini adalah sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) RAC dalam menyokong pembangunan masyarakat dan sosio ekonomi melalui pemberianbantuan kepada asnaf dan golongan yang memerlukan khususnya di Negeri Sembilan.

 
Compiled from: