Skip to main content

Majlis Pecah Tanah Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) Seremban Sentral

Majlis Pecah Tanah Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) Seremban Sentral telah disempurnakan oleh YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan

SEREMBAN, 6 Dis 2025 – Majlis Pecah Tanah Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) Seremban Sentral telah disempurnakan oleh YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan bersama YB Tuan Arul Kumar a/l Jambunathan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan serta YBhg. Tan Sri Sir Dr. Jeffrey Cheah KBE OA, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway.

Turut sama YBhg. Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah RAC, serta YBhg. Dato’ Azhar Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif RAC.

Projek bernilai GDV RM2 bilion ini dijangka memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan dengan potensi penjanaan hasil sebanyak RM300 juta setahun di samping mewujudkan 2,500 peluang pekerjaan. Fasa pertama meliputi pembinaan Sunway Medical Centre Seremban, pusat membeli-belah baharu seluas 1.2 juta kaki persegi dan menara pejabat moden.

RAC dan Kumpulan Sunway komited memastikan pembangunan ini meningkatkan mobiliti rakyat, menyokong pembangunan mampan serta memelihara elemen warisan seperti Seremban Yard dan Heritage Market.