KUALA LUMPUR, 18 Dis 2025 - YBhg. Dato’ Azhar Ahmad Ketua Pegawai Eksekutif RAC menyampaikan amanatnya kepada warga kerja pada Sesi Townhall Bil. 4/2025 yang berlangsung di sini.
Antara perkongsian utama ialah platform penting dalam memperkukuh kefahaman hala tuju organisasi, menilai pencapaian tahun 2025 serta memperteguh iltizam warga RAC dalam mendepani cabaran tahun 2026.
Program ini turut menampilkan pembentangan strategik oleh Bahagian Komersial, Bahagian Pembangunan, Unit Sumber Manusia & Unit Perancangan Strategik, yang merangkumi pencapaian semasa, perancangan masa hadapan dan inisiatif berimpak tinggi selari dengan aspirasi organisasi.
Majlis turut diserikan dengan sambutan hari lahir warga kerja RAC bagi bulan Oktober hingga Disember serta sesi perkenalan kakitangan baharu.