Apakah yang membezakan RAC dan RAH?
RAC (Railway Assets Corporation)
Perbadanan Aset Keretapi atau lebih dikenali sebagai RAC adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) yang bertanggungjawab sebagai pemilik, pengurus dan perancang perniagaan bagi menterjemah aset-aset kereta api yang dibiayai Kerajaan kepada sesuatu harta yang bernilai dan mampu menjana pendapatan berterusan untuk Kerajaan. RAC ditubuhkan bagi membantu industri kereta api di Malaysia berkembang maju dan berdaya saing serta setanding dengan industri kereta api di negara-negara maju.